SELAMAT DATANG & SELAMAT KEMBALI KE SK PANDAN INDAH 2011


Pengurusan laman weblog SK Pandan Indah ingin mengucapkan SELAMAT DATANG KE SEKOLAH KEBANGSAAN PANDAN INDAH kepada semua murid-murid Prasekolah dan Tahun 1. Manakala SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH kepada semua murid-murid Tahun 2, 3, 4, 5 & 6 yang bermula pada hari ini, 3hb. Januari 2011.

Seperti tahun-tahun lepas, murid Prasekolah, Tahun 1, 5 & 6 akan bersekolah pada sesi pagi manakala murid Tahun 2, 3 & 4 akan bersekolah pada sesi petang. Bilangan kelas pada tahun ini adalah sebanyak 45 kelas dan 2 kelas bagi murid Prasekolah.

Jadual waktu persekolahan untuk tahun 2011 bagi SESI PAGI adalah seperti berikut:

Tahun 1
Isnin - Khamis : 7.30 pagi hingga 12.50 tengahari
Jumaat : 7.30 pagi hingga 11.50 pagi.
Rehat : 10.00 pagi hingga 10.20 pagi

Tahun 5 & 6
Isnin - Khamis : 7.30 pagi hingga 12.50 tengahari
Jumaat : 7.30 pagi hingga 11.50 pagi.
Rehat : 10.30 pagi hingga 10.50 pagi

Loceng sesi pagi akan dibunyikan pada pukul 7.20 pagi dan semua murid MESTI hadir sebelum loceng berbunyi.


Jadual waktu persekolahan untuk tahun 2011 bagi SESI PETANG adalah seperti berikut:

Tahun 2 & 3
Isnin - Khamis : 1.10 tengahari hingga 6.30 petang
Jumaat : 2.10 petang hingga 6.30 petang
Rehat : 3.40 petang hingga 4.00 petang

Tahun 4
Isnin - Khamis : 1.10 tengahari hingga 6.30 petang
Jumaat : 2.10 petang hingga 6.30 petang
Rehat : 4.10 petang hingga 4.30 petang


Loceng sesi petang akan dibunyikan pada pukul 1.00 tengahari (Isnin hingga Khamis) dan pada pukul 2.00 petang (Jumaat). Semua murid MESTI hadir sebelum loceng berbunyi.

Pengurusan laman weblog SK Pandan Indah ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada sekolah ini. Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan pihak sekolah ditalian 03-42953735 semasa waktu pejabat (Isnin hingga Jumaat)